Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan
bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi
untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus
penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran
itu adalah bermatlamat terkawal.
Teknologi pengajaran juga boleh bermaksud
sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping
guru, buku teks dan papan hitam.
Secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang
dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan,
tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah
penyusunan, dan teknik.
0 comments:
Post a Comment