Model ARCS (Attention, Relevance, Confidence,
Satisfaction), dikembangkan oleh Keller dan Kopp (1987) sebagai jawaban
pertanyaan bagaimana merancang pembelajaran yang dapat mempengaruhi motivasi
berprestasi dan hasil belajar. Model pembelajaran ini dikembangkan berdasarkan
teori nilai harapan (expectancy value theory) yang mengandung dua komponen
yaitu nilai (value) dari tujuan yang akan dicapai dan harapan (expectancy) agar
berhasil mencapai tujuan itu. Dari dua komponen tersebut oleh Keller
dikembangkan menjadi empat komponen. Keempat komponen model pembelajaran itu
adalah attention, relevance, confidence dan satisfaction dengan akronim ARCS
(Keller dan Kopp, 1987: 289-319).
Models ARCS adalah model yang terkenal dlm model rekabentuk
instruksi yang digunakan secara meluas. Model ARCS berakar umbi pada banyak
teori dan konsep motivasi, khasnya teori jangkaan-nilai atau expectancy-value
(contohnya Vroom, 1964; Porter dan Lawler, 1968).
Dalam teori jangkaan, "usaha" dikenalpastikan
sebagai hasilan utama yang boleh diukur. Supaya "usaha' boleh berlaku, dua
prasyarat mesti ditetapkan - (1) orang berkenaan mesti menghargai tugas, dan
(2) orang tersebut mesti percaya ia boleh berjaya melakukan tugas. Justeru itu,
dalam situasi instruksi, tugasan pembelajaran mesti disembahkan dalam cara yang
melibatkan dan bererti kepada pelajar; dan dapat menggalakkan jangkaan positif
akan kejayaan pencapaian objektif-objektif pembelajaran.
Models ARCS mengenalpasti empat komponen strategi yang
penting untuk memotivasikan instruksi:
- [A]ttention /
Perhatian - strategi untuk memberangsang dan mengekalkan rasa ingin tahu
dan minat
- [R]elevance /
Perkaitan - strategi untuk menghubungkan keperluan, minat dan motif
pelajar.
- [C]onfidence
/ Keyakinan - strategi untuk membantu pelajar membangunkan jangkaan
positif untuk kejayaan pencapaian pembelajaran; dan
- [S]atisfaction
/ Kepuasan - strategi untuk membekalkan pengukuhan ekstrinsik dan
instrinsik. (Keller, 1983)
Keller (1987) membahagikan keempat-empat komponen ARCS
kepada tiga sub-komponen stragegik. Penerangan sub-komponen strategik dan
contoh yang releven dengan instruksi adalah seperti berikut.
Attention / Perhatian
- Perangsangan Persepsi: menyediakan novelti, kehairanan, ketakkongruenan (incongruity) atau ketidakpastian.
Contoh: Guru menunjukkan gambar yang tidak lengkap atau kotak yang
tertutup dan dihiaskan dengan tanda soal kepada murid-murid.
- Perangsangan Inkuiri: stimulasikan rasa ingin tahu dengan mengajukan soalan atau masalah
untuk diselesaikan. Contoh: Guru menyampaikan satu senario tentang
seseuatu masalah dan mengarahkan murid melukan percambahan idea
(brainstorm) penyelesaian yang munasabah berasaskan apa yang telah
dipelajari dalam kelas.
- Kepelbagaian: memasukkan beraneka jenis kaedah dan media untuk memenuhi
kehendak-kehendak pelajar yang berbeza-beza. Contoh: Selepas menyampai dan
meneliti isi pelajaran di OHP, murid-murid menjalankan perbincangan dan
latihan dalam kumpulan koperatif.
Relevance / Perkatian
- Orientasi Matlamat: menerangkan objektif dan tujuan berkaitan dengan instruksi dan kaedah-kaedah spesifik untuk pencapaian berjaya. Contoh: Guru menjelaskan objektif dan kepentingan objektif pelajaran.
- Pemadanan Motif: memadankan objektif dengan keperluan dan motif pelajar. Contoh: Guru membenarkan pelajar menyampaikan hasil projek dalam bentuk bertulis, lisan atau grafik demi menyesuaikan gaya dan keperluan pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan muridnya.
- Kebiasaan:
menyampaikan isi kandungan dengan cara yang mudah difaham dan boleh berkatian
dengan pengalaman dan nilai pelajar. Contoh: Murid-murid diminta memberi
contoh tentang pengalaman diri sendiri yang berkaitan dengan konsep yang
telah diterima dalam kelas.
Confidence / Keyakinan
- Prasyarat Pembelajaran: memaklumkan pelajar tentang prasyarat pembelajaran dan prestasi serta kriteria taksiran. Contoh: Guru menyediakan pelajar dengan senarai kriteria taksiran tentang projek penyelidikan yang ditugaskan. Selain itu, juga diedarkan contoh-contoh baik projek-projek yang lalu.
- Kesempatan Berjaya: menyediakan kesempatan mencabar dan bererti untuk pembelajaran berjaya. Contoh: Sebelum memulakan projek penyelidikan, murid-murid dibenarkan untuk berlatih mencungkil dan merumuskan maklumat dari berbagai-bagai sumber. Usaha murid diberi maklumbalas agar murid berasa yakin tentang tugasan yang akan dilakukannya.
- Tanggungjawapan Kendiri: mengaitkan kejayaan pembelajaran kepada usaha dan kebolehan peribadi
pelajar. Contohnya: Guru menulis maklum balas tentang kualiti prestasi
pelajar dan memperakukan dedikasi dan kesungguhan pelajar.
Satisfaction / Kepuasan
- Pengukuhan Intrinsik: menyokong dan menggalakkan nikmat intrinsik akibat pengalaman pembelajaran. Contoh: Guru menjemput bekas pelajar untuk memberi perakuan tentang kepentingan kemahiran belajar dalam kerja rumah dan projek kelas.
- Gangaran Eksrintik: memberi pengukuhan positif dan maklum balas bermotivasi. Contoh: Guru menganugerahkan sijil kepada murid apbila murid telah menguasai satu set kemahiran yang lengkap.
- Equiti: memastikan
piawaian dan akibat yang konsisten untuk kejayaan. Contoh: Selepas
tamatnya projek kumpulan, guru memberi maklum balas berdasarkan kriteria
yang telah diedarkan terlebih dahulu.
Rumusan
Model ARCS dalam rekabentuk instruksi adalah pendekatan
yang mudah digunakan untuk meningkatkan tarikan motivasi dalam instruksi. ARCS
menyediakan kerangka yang kuat untuk mereka bentuk dan meningkatkan mutu
motivasi dalam berbagai-bagai entiti seperti pengajaran di bilik darjah,
penyediaan bahan di internet, dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan
Chemotti, J.T. (1992, June). From nuclear arms to
Hershey's kisses: Strategies for motivating students. School Library Media
Activities Monthly, 8(10), 34-36. (EJ 446 223)
Keller, J.M.(1983). Motivational design of instruction.
In C.M. Reigeluth (Ed.). Instructional design theories and models: An overview
of their current status. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Keller, J.M. (1987a, Oct.). Strategies for stimulating
the motivation to learn. Performance and Instruction, 26(8), 1-7. (EJ 362 632)
Keller, J.M. (1987b). IMMS: Instructional materials
motivation survey. Florida State University.
Keller, J.M. & Keller, B.H. (1989). Motivational
delivery checklist. Florida State University.
Porter, L.W. & Lawler, E.E. (1968). Managerial
attitudes and performance. Homewood, IL: Dorsey Press.
Schamber, L. (1994). Relevance and information behavior.
Annual Review of Information Science and Technolgy, Medford, NJ: Learned
Information, Inc. (EJ 491 620)
Small, R.V. (1992, Apr.). Taking AIM: Approaches to
instructional motivation. School Library Media Activities Monthly, 8(8), 32-34.
Small, R.V. (1997). Assessing the motivational quality of
world wide websites. ERIC Clearinghouse on Information and Technology. (ED
number pending, IR 018 331)
Taylor, R.S. (1986). Value-added processes in information
systems. Norwood, NJ: Ablex. (ISBN: 0-89391-273-5)
Vroom, V.H. (1964). Work and motivation. New York: Wiley.
Wlodkowski, R.J. (1981). Making sense our of motivation:
A systematic model to consolidate motivational constructs across theories.
Educational Psychologist, 16(2), 101-110.
Terima kasih kerana memberikan info yang berguna tentang Model ARCS. Jika ada bahan softcopy lebih lanjut minta kongsikan. Sekali lagi, terima kasih. Semoga Allah memberi kebaikan atas usaha yang dilakukan.
ReplyDelete