Tuesday 1 January 2013

Kemahiran, guru dan pelajar abad ke-21

Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi


Kemahiran abad ke-21 dan cabaran guru dalam abad ke-21

Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri.

Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik.

Memandangkan guru adalah agen perubahan maka profesion perguruan tidak terkecuali daripada terlibat dengan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi. Rentetan daripada perubahan tersebut terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani antaranya cabaran dalam bilik darjah bila mana para pelajar perlu diperkembangkan potensinya.

Seterusnya cabaran di sekolah seperti masalah sosial dan disiplin yang berleluasa yang berpunca daripada ledakan maklumat dan ilmu yang berbentuk global. Tidak kurang juga dengan cabaran yang datang daripada bilangan pelajar yang semakin meningkat hingga wujud kelas terapung. Hal yang sama juga perlu ditelusi bila mana terdapat sekolah yang masih tidak lengkap dari aspek kemudahan yang diperlukan dalam membantu melancarkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Bukan itu sahaja, malah pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berasaskan teknologi memerlukan guru yang mahir IT dan peka dengan perkembangan terkini.

Cabaran dalam sistem pendidikan perlu diambil kira. Sejajar dengan matlamat negara untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan tahap pendidikan yang bertaraf dunia kurikulum terus mengalami perubahan dari masa ke semasa. Cabaran dalam masyarakat pula melihat kepada perspektif masyarakat yang menganggap guru sebagai sumber maklumat, berpegetahuan, kemahiran dan ketrampilan, sumber kebudayaan dan ilmu, sumber pemupukan kerpercayaan dan sistem nilai dan sebagainya. Hal ini merupakan cabaran yang menuntut guru perlu sentiasa bijak dalam memperkayakan ilmu di dada disamping memenuhi tuntutan Wawasan 2020.

web 2.0

Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan

Friday 21 December 2012

Infografik Langkah Keselamatan Ketika Banjir



Disediakan oleh:
Zainal Bin Osman
(PT122293CT)

Sunday 7 October 2012


APA ITU METAFIZIK? EPISTOMOLOGI? AKSILOGI? LOGIK DARI SUDUT PENDIDIKAN.

Ruangan sebelum ini,saya telah membawa anda  explorasi tentang rupa pendidikan dari pelbagai sudut pandangan. Untuk kali ini,saya akan membawa anda semua mendekati falsafah dalam sudut pendidikan. Kriteria kriteria asas falsafah seperti metafizik, epistimologi, aksilogi dan logik atau singkatannya M,E,A,L.

Metafizik dari segi maksud falsafahnya adalah ‘nature of realibility’. Epistomologi pula bermaksud 'nature of knowledge’, aksiologi ‘nature of values’ dan logik ‘nature of reasoning’. Bagaimana mengaitkan falsafah itu dengan pendidikan? Saya akan menggunakan analogi seorang guru perdagangan dalam memudahkan kefahaman kita.

  1. METAFIZIK            –bercerita tentang sebenarnya kepada pelajar.
Contoh: Guru bercerita perihal akan pentingnya perdagangan dalam kehidupan.

  1. EPISTOMOLOGI     -cara kita nak sampaikan maklumat kepada pelajar.
  2. AKSILOGI              -nilai-nilai kita pelajari tentang tajuk kita ajarkan.
Contoh: Guru memberitahu akan kelebihan atau nilai yang dapat diambil setelah mempelajari sesuatu tajuk
  1. LOGIK                    -kita hendaklah menyampaikan contoh-contoh yang
Logik dan relevan dari sudut pandangan pelajar.