DEFINISI
- Menurut Kamus
Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni
seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
- Menurut
Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi
atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
- Mengikut
Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan
sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
- Teknik
merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik
yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama
dengan pendekatan yang dianuti.
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
1.
Teknik main peranan
2.
Teknik permainan bahasa
3.
Teknik latih tubi
4.
Teknik bercerita
5.
Teknik inkuiri
6.
Teknik perbahasan
7.
Teknik kuiz
8.
Teknik sumbangsaran
9.
Teknik soal jawab
10.
Teknik simulasi
11.
Teknik drama
12.
Teknik perbincangan
13.
Teknik forum
14.
Teknik dialog
TUJUAN TEKNIK
- Menarik
Minat murid
- Mengekalkan
perhatian
- Membangkitkan
ras ingin tahu
TEKNIK LATIH - TUBI
- Teknik latih
tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
- Tujuannya
untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
- Ia sesuai
digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
- Boleh
digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
- Melalui
teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu.
- Berasakan
pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan
dalam pengajaran bahasa kedua.
- Mengikut
teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan
bahasa iaitu :
- Sebutan
(accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata
dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
- Tatabahasa
(grammer)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut
hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
- Perbendaharaan
kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang
sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
- Kefasihan
(fluency)
-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan
cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
- Kefahaman
(comprehension)
-latihan memahami soalan dan memberikan
jawapan yang wajar.
- Teknik ini
dikenali juga dengan teknik menghafaz.
- Antara
kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan
daya kreativiti murid.
- Namun begitu,
teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang
memerlukan ikutan dan ulangan.
TEKNIK SIMULASI
- Simulasi
ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan
sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu
atau tugasan semula.
- Melalui
teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.
- Dalam proses
ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
- Melalui
teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
- Dapat
menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada
pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
TEKNIK MAIN PERANAN
- Main peranan
bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang
dianggap penting.
- Pelajar
diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam
satu situasi yang disediakan.
- Main peranan
ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada
pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan
peranan yang dimainkan secara spontan.
- Proses ini
biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini
dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.
TEKNIK SUMBANGSARAN
- Teknik ini dikenali
juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi
perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat
dan idea.
- Boleh
didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah
dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks
pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
- Menekankan
pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran
secara analitis.
Tujuan Sumbangsaran
- Topik
perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
- Garis panduan
guru haruslah ringkas dan jelas
- Semua
cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.
- Setiap
kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
- Setiap ahli
diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
- Pelajar
digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
- Suasana
perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
- Pastikan
peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
- Digalakkan
menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
- Cadangan dan
idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
- Setiap
kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
- Permainan
bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.
- Penglibatan
dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan
intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
- Kebanyakan
aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa
pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
- Permainan
bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju
ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa
tersebut iaitu :
- merangsang
interaksi verbal pelajar
- menambah
kefasihan dan keyakinan
- menyediakan
konteks pembelajaran
- bertindak
sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
- bertindak
sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
TEKNIK SOAL – JAWAB
- Merupakan
teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan
- Pemilihan
teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk
yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
- Teknik ini
dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya.
- Soalan-soalan
yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan
menilai apa yang diajar.
- Tujuan utama
teknik soal jawab ialah :
- Untuk
mengesan pengetahuan berbahasa murid
- Untuk
menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
- Untuk mendorong
pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
- Soalan yang
terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan
berkesan.
TEKNIK BERCERITA
- Merupakan
salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
perhatian pelajar.
- Latihan
pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
- Dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dikalangan pelajar.
- Perkembangan
cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak
dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata.
- Suara
memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
- Langkah-langkah
dalam persediaan teknik bercerita ialah :
- Pilih cerita
yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
- Kaji cerita
itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
- Hafazkan
frasa atau ayat-ayat penting.
- Latih
bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
- Guru
bercerita dalam keadaan yang selesa.
- Guru boleh
menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
- Sediakan
kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
TEKNIK DRAMA
- Sering
digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan
induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
- Tujuan utama
adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,
gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi
bahasa atau perbuatan.
- Penggunaannya
dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya
dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
- Pelajar bebas
meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
- Drama
berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran.
- Dapat
menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar,
disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
TEKNIK INKUIRI
- Teknik ini
dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
- Merangkumi
aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang
berorientasikan masalah.
- Dapat
menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
- Merupakan
satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan
daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan
soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan
pelbagai soalan.
- Ciri lain
yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar
dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
- Pengendalian
teknik inkuiri ialah :
- Proses
mengenali masalah
- Mengkaji
ramalan
- Mengumpul
maklumat
- Menganalisis
- Membuat
rumusa
TEKNIK PERBINCANGAN
- Teknik
perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar
mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan
1990:85).
- Teknik
perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan
kawalan seorang guru.
- Melibatkan
aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan
pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi.
Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
- Dalam
perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap
terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja
sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk
bercakap dan mengeluarkan pendapat.
- Peranan guru
akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
- Teknik
perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
- Guru menarik
perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
- Guru
membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang
ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek
perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
- Guru kemudian
menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang
dengan ahli-ahli kumpulan.
- Ketika
perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang
lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan
perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
- Setelah tamat
perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil
perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang
penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan
dan sebagainya.
TEKNIK FORUM
- Forum
merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk
mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia
dijalankan secara formal.
- Teknik
berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar
akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk
meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas,
objektif, kreatif dan rasional.
- Untuk
menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik
dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur
pelajar.
- Persediaan
yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
TEKNIK PERBAHASAN
- Bahas ialah
pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan
alasan yang logik dan idea yang tersusun.
- Teknik perbahasan
ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
- Antara
manfaat teknik ini ialah :
- Memperkembangkan
kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
- Melatih
berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan
teratur
- Menguasai
kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras
bahasa yang sesuai.
- Mengemukakan
hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
- Melatih
kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
- Guru perlu
mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan
pelajar.
- Perkembangan
kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan
kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu
dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
TEKNIK KUIZ
- Diperkenalkan
pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
- Aktiviti kuiz
bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa
Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah
Melayu.
- Tujuannya
ialah :
- Guru dapat
mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai
topik-topik tertentu.
- Pelajar dapat
mengulangkaji sambil bergembira.
- Pelajar dapat
melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara
teka-teki.
- Pelajar dapat
belajar kaedah cara berfikir yang baru.
- Membantu
pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan
penggunaan bahasa yang tepat.
- Terdapat 2
bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
- Ia dijalankan
secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini
bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan,
pemulihan dan pengukuhan.
- Kuiz sebagai
aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
0 comments:
Post a Comment